" "DUNIA INI HANYA PALSU,MANUSIA BERDUSTA,KEBANYAKKAN SUKA MENIPU,GEMAR MEMBUAT DOSA,DUNIA PENUH DENGAN NODA,DUNIA PENUH DOSA,KEBANYAKKAN TIPU DAN DAYA,MENGIKUT NAFSU MURKA"...lagu TAN SRI P.RAMLEE...resam dunia

Thursday, June 10, 2010

MALAKOFF UNIVERSITY DUATHLON SERIES 2010







1,200 sertai duathlon MUDS

KUALA LUMPUR - Edisi ke empat siri duathlon Universiti Malakoff (MUDS) yang diadakan di tiga universiti antara 24 Julai dan 7 Ogos ini menarik penyertaan lebih 1,200 peserta.

Pengarah perlumbaan Melody Tan berkata, angka itu menampakkan peningkatan yang amat ketara berbanding 231 peserta pada tahun 2003 dan 881 peserta dalam acara tahun lalu.

Beliau berkata, bagi acara MUDS tahun ini, Malakoff sebagai penganjur menyenaraikan tiga siri duathlon, dengan yang pertama di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 24 Julai, diikuti dengan University Malaya (UM) pada 31 Julai dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 7 Ogos.

"Setiap siri menampilkan aturcara berbeza, di mana UPNM menganjurkan acara larian 3.9km, 13.8 km berbasikal dan larian 3.9km, manakala UM menampilkan larian 3.5km, 11.4 km berbasikal dan larian 3.5km, dan UPM larian 3km, 13km berbasikal dan larian 3 km," katanya.

Kata Melody, acara itu terbuka untuk orang ramai dan pelajar universiti.

Katanya lagi, MUDS dibahagikan kepada empat kategori - kategori Universiti (lelaki dan wanita), kategori Terbuka (lelaki dan wanita), kategori berpasukan berganti-ganti (campuran dan lelaki) serta kategori Media (lelaki dan wanita).

Setiap pemenang kategori akan menerima trofi, manakala universiti yang mendapat jumlah peserta tertinggi akan mendapat hadiah tunai RM3,000.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh lawati laman web www.duathlonseries.com.my. - Bernama

Race Date:
24th JULY 2010 (SATURDAY)

Race Distance:
3.9km Run - 13.8km Bike - 3.9km Run

Race Start / Finish:
Jalan Hang Tuah, in front of Dewan Bestari

Race Start Time:
7.30am - Bike / Gear Check In
9.00am - Race Start

Race Kit Collection:
(collection of race numbers) Friday, 23rd July 2010
Dewan Pendekar, UPNM
2.00pm to 5.00pm

Race Briefing /Clinic:
Friday, 23rd July 2010
Dewan Pendekar, UPNM
3.00pm - 4.30pm

Categories:
• Men's University
• Women's University
• Men's Open
• Women's Open
• Men's Team
• Mixed Team
• Media

Prizes:
Top 5 winners in the Individual category will receive placing medals.
Top 3 winners in the Team and Media category will receive placing medals.

Getting to UNITEN
(Trip Meter Directions):
Please click here to view GOOGLE MAP directions to UNITEN from the Sg. Besi toll.
If you would like to try and find specific directions from another location, you can try logging onto www.maps.goggle.com.my, look for the 'Get Directions' tab on the top left and key in your Starting Destination (A) and Ending Destination (B) - which is in this case "Universiti Tenaga Nasional". Then click on the 'Get Directions' button.

Closing Date:
19th August 2010

2 comments: