


June 13, 2010 16:37 PM
Sukma: Terengganu Sweep Top Two Sports In 40km Individual Time Trial
MELAKA, June 13 (Bernama) -- Terengganu riders swept the top two sports in the 40km Individual Time Trial of the 13th SUKMA in Melaka, to underline their dominance in cycling events held at Taman Bandaraya Bukit Serindit here Sunday.
Muhamad Adiq Husainie Othman who is a member of the national team that has been undergoing training in Melbourne, Australia, clocked 49 minutes 11 seconds for the gold en route to erasing the 52:13s time he had set during the 12th SUKMA in Terengganu two years ago.
Another Terengganu rider Mohamad Saufi Mat Senan clocked 51:09s to complete a 1-2 finish while Pahang's Mohd Hafiz Rosli came in third with a time of 51:56s.
Muhamad Adiq who had been signed by a professional cycling outfit in Australia, Drapac Porsche, his experience and participation in various local, regional and international competitions had helped him win the gold today.
"I will try to win two more gold medals for Terengganu from cycling events, especially from the individual and team road race events tomorrow," he said.
Meanwhile, Kedah's national rider Masziyaton Mohd Radzi took the gold medal in the 30km women's Individual Time Trial after clocking 41:58s to edge Selangor's Nurul Ahmar Badeuzzaman (43:14s) and another Kedahan, Nazimatul Husna Abu Bakar (43:42s) who finished second and third respectively.
-- BERNAMA
Pelumba Terengganu garang
Oleh Hasnira Hassan dan Nazri Abu Bakar
2010/06/13
Kuasai acara pembukaan berbasikal 80 km ujian masa berpasukan
DIBARISI pelumba kebangsaan dengan dua daripadanya berpangkalan di Melbourne - Adiq Husainie Othman dan Harrif Salleh - selaku tonggak utama menyaksikan skuad lelaki Terengganu mudah menguasai acara pembukaan berbasikal Sukan Malaysia (Sukma) XIII, 80 kilometer ujian masa berpasukan di sekitar Bukit Serindit, semalam.
Pasukan pilihan itu, yang turut diperkuatkan Muhammad Sobri Abdullah dan Mohammad Saufi, mempertahankan pingat emas mereka menerusi kayuhan kencang untuk merakam 1 jam 35 minit 22 saat, menewaskan pencabar terdekat dari Pahang yang merakam 1:40:50s untuk perak manakala gangsa dimenangi pasukan tuan rumah yang mengakhiri saingan selama 1:42:32s.
Bagi Adiq yang mengikat kontrak dengan pasukan profesional benua Australia, Drapac Porsche, pengalaman bersama pasukan luar banyak membantunya mempamerkan kayuhan mantap.
"Saya gembira dengan kekuatan pasukan. Ini adalah barisan pelumba terkuat Terengganu berbanding dua tahun lalu,” kata Adiq. “Jadi saya berharap lebih banyak pingat dapat dihadiahkan kepada Terengganu pada temasya kali.
“Kami berharap dapat mengatasi pungutan sembilan emas pada temasya edisi lalu," katanya.
Adiq yang baru pulang dari Belgium selepas mengikuti latihan bersama pasukannya Porsche, berharap prestasinya itu akan terus konsisten apabila turun dalam acara ujian masa individu, hari ini.
Dalam acara ujian masa berpasukan wanita sejauh 50km, pingat emas menjadi milik kuartet Kedah yang dibarisi Ruszatul Zanariah Mohd Yusof, Masziyaton Md Radzi, Nazimatul Husna Abu Bakar dan Sulha Sulaiman yang merakam satu jam 16 minit 13 saat untuk pingat emas.
Perak menjadi milik rangkaian pelumba Selangor Muslihah Salim, Nur Farah Ain Amran, Nurul Ahmar Badeuzzaman dan Nurul Shafinaz Mokhlas yang ketinggalan 17 minit dan kuartet Terengganu, dibarisi Fatehah Mustapa, Noor Fazziema Mamat, Nur Ain Mahmood dan Suryani Mohamad sekadar gangsa dengan catatan 1:17:24s.
No comments:
Post a Comment